Friday, January 28, 2011

Produk Higoat tiruan dirampas

Utusan Malaysia Online - Jenayah


Produk Higoat tiruan dirampas

Seorang pegawai KPDNKK merampas produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT dari sebuah premis di Seremban Jaya, semalam.


SEREMBAN 28 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak menyerbu sebuah premis di Seremban Jaya di sini hari ini kerana disyaki menjual produk susu kambing tiruan jenama HIGOAT.
Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan oleh sepasukan anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan turut disertai oleh wakil syarikat HR Marketing Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar produk kesihatan tersebut.
Menurut wakil pengadu, Mohd. Al Bakhtiar Ahmad, dalam serbuan tersebut, sebanyak 40 kotak HIGOAT yang dipercayai tiruan dirampas.
Katanya, serbuan berkenaan dijalankan selepas syarikatnya mengesan ada pihak cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk tiruan terbabit.
''Ketika serbuan dilakukan pemilik premis berkenaan mendakwa dia tidak tahu bahawa produk itu adalah tiruan kerana dia mendapatkan bekalan daripada pengedar lain.
''Apabila diperiksa kita dapati produk yang terdapat di premisnya adalah tiruan dan kesemua produk berkenaan dirampas,"jelasnya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.
Beliau menambah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan kehadiran produk tiruan di pasaran sejak beberapa bulan lalu.
''Kita sudah enam bulan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan selepas berjaya mengesan produk tiruan ini, kita membuat aduan kepada KPDNKK.
''Kita bimbang sekiranya produk tiruan ini dibiarkan berleluasa ia boleh memberi kesan kepada pengguna kerana kita tidak tahu apakah kandungan yang mereka gunakan," ujarnya.
Tambahnya, serbuan tersebut turut dilancarkan serentak di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.
Ujarnya, para pengguna minuman kesihatan berkenaan dinasihatkan membeli produk tersebut dengan pengedar dan stokis yang sah bagi mengelak terbeli produk tiruan.

Pesan dARI CIK EMI..
Kepada semua Pengguna diminta supaya berhati hati dengan produk tiruan yang ada di pasaran. Pastikan anda semua mendapatkan barangan dari pengedar serta stokis yang sah...

Thursday, January 27, 2011


Krim Pemutih… Konon untuk Cantik rupanya penyebab kanser kulit???

        Rata2 wanita mengeluh jika berkulit gelap. Bagi mereka berkulit cerah lebih cantik dan menawan. Betol ke lelaki tak suka wanita berkulit gelap? Mungkin kaum adam boleh jawab persoalan ni kan. Bukan kah pepatah mengatakan hitam-hitam si tampuk manggis, biarpun hitam dipandang manis.. hehe… Bila wanita merasakan kulit wajah mereka tidak berseri dan kusam, mereka cenderung untuk menggunakan pelbagai jenis krim pemutih. Namun begitu, mencampurkan pelbagai jenis krim hanya akan mengundang iritasi pada kulit kerana kita sendiri tidak begitu pasti dengan kandungan dalam produk-produk kecantikan ini.

         Kulit kusam terjadi akibat terkena asap rokok secara kerap. Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari tanpa memakai krim pelindung matahari juga merupakan penyebab kulit menjadi kurang bertenaga dan kelihatan letih. Udara kotor akan mengumpul toksin yang menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata, bertompok-tompok dan tak bermaya. Kebanyakan wanita mengalaminya kerana lebih banyak terdedah dengan pencemaran udara dan penggunaan bahan kimia pada kulit. Jika anda perasan, kebanyakan lelaki mempunyai kulit yang bersih dan bebas jerawat. Ini disebabkan mereka jarang menggunakan produk kosmetik. Paling tidak, hanya menggunakan pembersih wajah sahaja. Dek kerana itulah wanita lebih mudah mendapat masalah kulit, bayangkan saja penggunaan alat solek dan pemakaian pelbagai jenis krim yang diamalkan.

          Tahukah anda, krim pemutih kulit telah dikritik oleh pakar-pakar dermatologi kerana kandungan hidrokuinon dan steroid di dalam nya mampu mengancam kesihatan. Penggunaan krim pemutih yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan masalah lain selain kulit. Ia juga boleh menyebabkan keracunan dalam darah, penyakit darah tinggi, dan diabetis. Sebuah kajian yang diadakan pada tahun 2006 di Dakar Institute of Social Hygiene pula menunjukkan para ibu yang memakai krim pemutih tinggi kandungan steroid akan melahirkan anak yang ringan berat badannya berbanding kelahiran secara normal.

 Jom kita baca komen dari yang pakar…..
Ikuti kata pakar Dr. Suzana Hasnan, Pakar dermatologi
“ Biasanya kebanyakan wanita yang mahukan kulit cerah adalah disebabkan terpengaruh dengan penampilan artis yang cantik-cantik. Kebanyakan orang juga berpendapat kulit cerah itu cantik, salah tanggapan tersebut. Pemakaian krim pemutih sebenarnya tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya ia dipakai secara terkawal dan pilihan jenama juga harus tepat. Jangan sentiasa bertukar-tukar produk kerana kulit akan terkejut dengan setiap perubahan bahan kimia yang ada padanya. Paling penting adalah pemakaian krim pelindung matahari untuk menjaga kulit. Jika mahu cara yang selamat, adalah lebih baik mendapatkan rawatan kecantikan di klinik pakar. Bukan semua orang sesuai memakai krim pemutih kulit, ada yang akan mengalami masalah jeragat, kulit menipis dan kerosakan kulit. Kanser kulit juga boleh berlaku dengan pemakaian krim pemutih. Untuk lebih selamat, jaga pemakanan dan lindungi kulit dari pancaran matahari. Nasihat saya jangan terlalu obsess dengan kecantikan kerana setiap wanita telah dianugerahkan dengan kecantikan semulajadinya masing-masing. Cara kita membawa diri lebih melambangkan siapa kita berbanding hanya dengan bersandarkan rupa paras."

Sumber:Majalah Rapi

Ha……cik emi amat bersetuju dengan kata2 Dr. Suzana tu..  kepada wanita-wanita yang inginkan kecantikan, mesti dapatkan info lanjut tentang sesuatu produk kecantikan tu.. Jangan terlalu mudah ikut rakan-rakan atau terpengaruh dengan iklan-iklan yang terlalu banyak di pasaran.. Atau yang lebih molek, bagi cik emi, biar cantik tu lahir dari dalam..Bila dalam canti, secara tak langsung akan menyerlahkan kecantikan luaran kita.. tul tak?

Seperti biasa.. TIPS Dari Cik Emi.. Produk dari HR Marketing Sdn Bhd. Set Penjagaan wajah yang sangat istimewa....


Set Percubaan Penjagaan Kulit HR
HR Trial Pack
Pakej lengkap pembersih, penyegar, krim pelembap, sabun madu, dan  krim pelindung matahari. Harganya Cuma RM70.50. Jika berminat boleh hubungi Cik Emi.. Produk ni berasaskan susu kambing. Maknanya produk ini sangat selamat digunakan tanpa segan silu.. hehe.. Keluaran bumiputera yang mempunyai kilang di Kedah.  Nak harga istimewa? Boleh jadi ahli HR Marketing , Bayaran ahli RM5O je seumur hidup.. Cik emi bagi Set trial ni percuma je..Untung kan? berbaloi baloi.. Tak percaya? Hubungi cik emi ye. 010-3355361.. 

Siapa lambat rugi tau,… nak cantik tak ni..….
Kepada suami-suami yang nak isteri cantik tu, boleh la hadiahkan kepada isteri kan.. gerenti kembang berbunga hati isteri.. 
Nak lebih berkesan, cik emi kongsikan petua... sebelum gunakan set trial ni, buat masker dari susu kambing...pakai waktu malam..biarkan sementara ..pastu cuci wajah bersih-bersih..ha..dah boleh gunakan set trial ni.. Jangan lupe selawat ye sebelum gunakan produk ni, supaya lebih berkesan insyaAllah..Mana nak cari susu kambing? hehe.. mudah je.. kan cik emi punya produk juga tu.. Higoat.. kalau tak mahu sekotak, boleh beli sepeket aje.. Cik emi bagi special ofer untuk pelanggan serta rakan niaga cik emi..

APA TUNGGU LAGI..???
jOM sIHAT ANGGUN DAN BERJAYA dengan Cik Emi..


Jangan lupa untuk lihat produk-produk lain dari HR MArketing ye...Semua berasaskan susu kambing..
"Amalan Produk berasakan Sunnah Pasti Berkat"


Tuesday, January 25, 2011

Hidu Sahaja Makanan Sudah Cukup



Sekiranya kamu terdengar seseorang berkata hanya dengan menghidu makanan berlemak, sudah cukup untuk membuatkan berat badan mereka bertambah. Mungkin juga ada kebenarannya kata-kata itu. Ini kerana, hanya dengan menghidu makanan berlemak sudah cukup untuk menghantar lemak itu dalam dalah. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, para sukarelawan telah diminta untuk menghidu dan merasa makanan yang tinggi kadar lemaknya. Tapi makanan itu tidak ditelan. Empat jam kemudian didapati mereka mempunyai kadar lemak yang lebih dalam berbanding mereka yang merasa makanan rendah lemak.


Tip Diet

  • Minum sebanyak 8 gelas sehari. 2 liter air membantu mengatur suhu tubuh, sistem aliran darah serta membekalkan zat ke seluruh tubuh
  • Amalkan minum jus di pagi hari. Selain kaya serat, ia mengandungi citamin c yang segar. Pilihlah jus kaya khasiat seperti oren dan epal.
  • Cara mudah menentukan kegemukan adalah dengan teknik cubit. Angkat lengan, cubit bahagian yang menggeleber. Jika tebalnya 2sm, bererti anda gemuk.
Sumber Majalah rapi

Tips Dari Cik emi : Amalkan segelas susu kambing HIGOAt pagi dan malam untuk kesihatan . Kerana HIGOAT mempunyai khasiat berikut kepada kesihatan


  • Rendah Laktosa
  • Tinggi Protein
  • Tinggi Kalsium
  • Tinggi Selenium
  • PH Alkali
  • Molekul Lemak Halus










Sunday, January 23, 2011

Islam galak umat kaya harta benda

Islam galak umat kaya harta benda
Tajdid Iman
Bersama Dr Juanda Jaya


Sifat zuhud fahami kekayaan milik sementara, tidak kuasai hati nurani

SUATU hari Abdullah bin Abbas memakai pakaian paling indah dan mahal berharga 10,000 dirham. Beliau bermaksud mengadakan dialog dengan kaum Khawarij yang memberontak. Orang Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengetepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, fiqh dan hadis Rasulullah SAW. Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak dan membenci sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka.

Abdullah bin Abbas mandi dan memakai wangian paling harum, menyikat rambutnya serta mengenakan pakaian indah dan bersih. Beliau akan berhadapan dengan orang-orang degil yang memakai baju bertampal-tampal, muka yang berdebu dan kusut masai.

Mereka berkata, “Kamu adalah anak bapa saudara Rasulullah SAW. Mengapa kamu memakai pakaian seperti ini? Abdullah bin Abbas menjawab, “Apakah kalian lebih tahu mengenai Rasulullah SAW berbanding saya? Mereka berkata, “Tentulah kamu yang lebih tahu.” Abdullah berkata lagi, “Demi Allah yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah SAW berpakaian dengan mengenakan perhiasan berwarna merah dan itu adalah sebaik-baik perhiasan.”

Aisyah pada suatu ketika melihat sekumpulan pemuda berjalan dalam keadaan lemah, pucat dan kelihatan malas. Beliau bertanya, “Siapakah mereka itu?” Sahabat menjawab, “Mereka itu adalah kumpulan ahli ibadat.” Kemudian Aisyah berkata, “Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya Umar bin al-Khattab adalah orang yang lebih bertakwa dan lebih takut kepada Allah berbanding mereka itu. Kalau beliau berjalan, beliau berjalan dengan cepat dan tangkas.  Apabila bercakap, beliau dalam keadaan berwibawa, jelas kedengaran percakapannya dan apabila beliau memukul, pukulannya terasa sakit.”

Hal ini semua berlaku adalah akibat memahami ilmu secara kurang menyeluruh, memberatkan hal ibadat yang sebenarnya mudah, sampai ke tahap berlebih-lebihan dan menyusahkan diri.

Begitulah keadaan sebahagian umat Islam yang lupa kepada wasiat Rasulullah SAW yang disampaikan kepada sahabatnya, Muaz bin Jabal ketika beliau dikirim menjadi Duta dakwah ke negeri Yaman. Kata Baginda yang maksudnya: “Wahai Muaz, mudahkanlah setiap urusan, jangan memberat-beratkannya.”

Apakah agama Islam mengajar untuk membenci dunia? Kalau begitu, mengapa Abu Bakar al-Siddiq boleh berbangga dengan harta kekayaannya untuk membela agama Allah? Begitu juga dengan Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin ‘Affan yang mengeluarkan perbelanjaan membiayai gerombolan tentera Allah dengan wang daripada poket mereka sendiri.

Adakah Rasulullah SAW melarang mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk meraih keuntungan duniawi?

Bahkan di dalam al-Quran, Allah menegaskan bagi sesiapa yang menolong agama Allah mereka wajib mempunyai bekalan. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh-musuhmu.” (Surah al-Anfal, ayat 60)

Bagaimanakah Islam akan menang jika umatnya adalah mereka yang berada dalam skala Negara Dunia Ketiga? Negara miskin dan terkebelakang serta dikuasai oleh musuhnya.

Apabila mereka hendak membeli makanan, mereka terpaksa meminta belas ihsan orang kafir.

Apakah zuhud itu bererti membiarkan dunia dimiliki dan dikuasai oleh musuh Allah? Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata: “Apabila emas seberat gunung diamanahkan kepadaku, aku tidak akan tidur selagi ia tidak habis dimanfaatkan untuk umat Islam.”

Sebagai panduan bersama, ingatlah pandangan Shaikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah.

Beliau berkata: “Zuhud itu adalah kamu meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah untuk akhiratmu.”

Harta yang halal hendaklah dipastikan dikeluarkan pada tempat yang halal.

Jangan mencari di lubuk yang halal saja tetapi membelanjakannya pada jalan maksiat.

Atau kebalikannya, mengambil daripada sarang penyamun dan membelanjakannya untuk ibadat.

Itu semua bertentangan dengan perintah Allah.

Orang beriman percaya harta adalah titipan dan amanah Allah, pinjaman sementara dan bila-bila saja Dia mahukannya, akan lenyaplah ia daripada tangan kita.

Cukuplah ia berada dalam genggaman tangan, jangan masuk menguasai hati nurani.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya mengenai seorang lelaki yang memiliki harta kekayaan sebanyak 100,000 dinar wang emas.

Bolehkan dia dikatakan sebagai seorang yang zahid? Beliau menjawab:

“Lelaki itu dikatakan zuhud apabila ada dua sifat:

    * Tidak terlalu bergembira ketika hartanya bertambah.
    * Tidak terlalu berduka cita apabila hartanya berkurangan.“

Nikmatilah dunia dan segala kesenangannya tetapi pastikan harta yang dimiliki tidak menahan langkah di akhirat kelak dan melambatkan perjalanan ke pintu syurga.

Ia kerana semakin banyak harta, maka pasti semakin rumit hisab perhitungan yang dilakukan, kecuali harta yang halal yang dibelanjakan untuk keredaan Allah.

Jika pegawai Badan Pencegah Rasuah datang menyiasat harta dan ia adalah suatu yang menggerunkan, maka bagaimana dengan penyiasatan mahkamah Allah nanti, yang pasti memiliki segala bukti?

INTI PATI

    * Islam menggalakkan umatNya bekerja bersungguh-sungguh untuk meraih keuntungan duniawi.

    * Segala kekayaan dianugerahkan Allah hendaklah dibelanjakan ke jalan Allah.

    * Rasulullah berpesan supaya umat Baginda tidak memberatkan hal ibadat yang sebenarnya mudah, sampai ke tahap berlebih-lebihan sehingga menyusahkan diri.

    * Islam mahu umat kaya dengan harta benda agar tidak ditindas kerana jika miskin terpaksa minta bantuan orang kafir.


Sumber: http://www.muslimdiary.com

Jangan Berkata ‘Kalaulah’

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda:


 

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janaganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakn-Nya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu

Sumber: (Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (Terj), Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 147)

Tuesday, January 18, 2011

Khasiat Susu Kambing

Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi susu kedua terbaik selepas susu ibu ialah susu kambing.
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:
  1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
  2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  4. Proses pencernaan  susu kambing hanya  20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
  6. Kandungan  gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana
mengandungi sumber nutrien seperti berikut:
  • Tenaga
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin B12
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Sodium
  • Potasium
  • Selenium

Kelebihan Susu Kambing Higoat

Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?
  • Merawat Kencing Manis
  • Sakit Jantung dan Darah Tinggi
  • Gastrik
  • Asma (Lelah)
  • Acute Anemia
  • Tulang Belakang Reput
  • Angin Ahmar
  • Insomnia
  • Kebas Kaki dan Tangan
  • Migrain
  • Semput
  • Masalah Keletihan
  • Masalah Kulit
  • Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
  • Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir
Dan Banyak lagi penyakit boleh sembuh jika selalu mengamalkan minum
susu kambing setiap hari dengan kerana susu kambing adalah
minuman kesihatan, ia bukan ubat tetapi boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit dengan izin Alaah S.W.T

HiGoat - Rahsia susu kambing yang kini disingkap mutu khasiat dan kebaikannya. Susu kambing terlaris buat anda sekeluarga yang diyakini manafaatnya. Harga berpatutan, penuh nilai khasiat dan bermutu tinggi, suci lagi halal.
Kini terdapat cara mudah untuk meminum susu kambing. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk simpan susu kambing bagi mengekalkan kesegaran, bau yang tidak menyenangkan. Penemuan terbaru susu kambing dalam bentuk tepung yang dinamakan Hi Goat keluaran Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang dijamin Suci dan Halal.  Susu Tepung Hi Goat adalah unik dan terbaik kerana:
  • Pertama di pasaran
  • Rasa yang enak
  • Penyediaan mudah dan segera
  • Sesuai untuk semua
  • Bau yang menyenangkan
  • Tanpa gula
  • Tiada bahan pengawet dan pewarna Organik

Kelebihan & Khasiat

Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?
1) Merawat Kencing Manis9) Kebas Kaki dan Tangan
2) Sakit Jantung dan Darah Tinggi10) Migrain
3) Gastrik11) Semput
4) Asma (Lelah)12) Masalah Keletihan
5) Acute Anemia13) Masalah Kulit
6) Tulang Belakang Reput14) Masalah Ketika Mengandung
7) Angin Ahmar15) Masalah Ketika Kelahiran
8.) Insomnia16) Susah Buang Air Besar & Buasir




Adakah anda sedang hamil atau ibu menyusu? Mungkin juga anda mempunyai anak kecil di rumah.
Tahukah anda keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat
kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi?
Dan tahukah anda bahawa Susu Kambing sebenarnya mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi
berbanding susu lembu.
Manfaat #1 : Manfaat Ibu Hamil
Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 
Manfaat #2 : Manfaat Ibu Menyusu
Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.
Manfaat #3 : Bayi dan Kanak-Kanak
Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.
Manfaat-manfaat Lain
  
Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang
rendah. 
Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal
fungsi hati yang normal.
  
Mengandungi bahan riboflavin
Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  
Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  
Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

  
Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Khasiat Mengikut Kategori

Tepung Susu Hi Goat mempunyai pelbagai manfaat untuk setiap golongan daripada bayi sehinggalah
orang tua, di antaranya adalah :
Bayi & Kanak-kanakDewasa & Warga TuaPenderita Penyakit
Cerdas MindaTenagaFungsi Sel Imun
TumbesaranPenyembuhan LukaUsus dan Perut
Cirit Birit / AlahanMasalah Sendi/Sakit LututPemulihan Selepas Pembedahan
Sistem ImunTulang RapuhHIV - AIDS
Demam KuningPenyakit Lupa/NyanyukMelawan Radikal Bebas
Ibu MengandungPelajarAhli Sukan
Cegah Demam KuningKecerdasan MindaTenaga
Khasiat PentingPeka & PenumpuanStamina
TenagaSistem Imunkekuatan Otot
PemulihanTingkatkan KecerdasanKesihatan Tulang

Pasti anda tertanya-tanya kenapa Susu Kambing Hi Goat boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan
untuk semua tanpa mengira umur serta membantu menyembuhkan penyakit? Ini adalah kerana Hi Goat
mempunyai faedah-faedah berikut kepada kesihatan:
  • Rendah Laktosa
  • Tinggi Protein
  • Tinggi Kalsium
  • Tinggi Selenium
  • PH Alkali
  • Molekul Lemak Halus