Info Syarikat







PROFIL SYARIKAT
HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 
bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan 
kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan 
Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut 
Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat 
pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 
Jabatan Perdana Menteri.






Misi syarikat adalah penglibatan secara aktif dalam dunia perubatan 
tempatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin terhadap
 aspek penjagaan diri dan kesihatan dengan bantuan barangan kosmetik
 dan produk kesihatan buatan Malaysia.

Aspirasi kami pendukung syarikat adalah sokongan padu dari pihak
yang berkaitan dan masyarakat seluruhnya dalam memberikan kepercayaan 
dan dorongan kepada kami memajukan syarikat seterusnya memantapkan 
taraf barangan penjagaan diri dan kesihatan buatan Malaysia.



KEPAKARAN TEKNOLOGI PEMBUATAN PRODUK
Keseluruhan produk HR mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bahan 
utama yang digunakan dalam setiap produk HR adalah daripada susu 
kambing segar yang diperolehi daripada ladang ternakan yang berkonsepkan
mesra alam dan dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya dan tiruan.
Ia telah diuji dan terbukti kehebatannya dan boleh digunakan oleh 
segenap lapisan masyarakat.






Selain daripada memiliki kepakaran teknologi tersendiri,HR marketing juga
telah bergabung kepakaran dengan S.A Laboratories Lustrel Perancis
dan telah berjaya menghasilkan formulasi Pil Susu Kambing yang pertama
di dunia. Formula menghasilkan produk-produk HR juga telah diiktiraf
keunggulannya oleh Makmal Kosmetik Antarabangsa Perancis serta mendapat
nasihat daripada pakar penyelidikan Advanced Oleochemical Technology Centre
(AOTC) dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) bagi
memastikan produk HR sentisa berada di dalam standard kawalan kualiti yang
ditetapkan serta selamat digunakan.

HR Marketing pastinya menitikberatkan penghasilan produk-produk yang bermutu
tinggi dengan kepakaran teknologi yang mantap untuk menjadikan portfolio
produk yang lengkap dan pelbagai iaitu Bersih, Suci dan Halal.

Penubuhan HR Marketing Sdn. Bhd. direalisasikan hasil perbincangan pertama
di antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. dan institut
Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada bulan Oktober
1998 untuk menghasilkan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan
susu kambing.

Seterusnya, pada 26 november 1998, majlis menandatangani perjanjian
pengeluaran produk di antara institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit 
Malaysia (PORIM) dan HR Marketing Sdn. Bhd. telah diadakan di ibu
pejabat PORIM di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pada hari tersebut
termeterailah perjanjian di mana formula yang dirumuskan oleh Kumpulan HR
bagi memproses dan menghasilkan barangan kosmetik dan produk kesihatan
berasaskan susu kambing akan dibantu dan dijayakan oleh pakar dan
penasihat dari PORIM. Majlis perjanjian tersebut juga menyaksikan
kedua-dua pihak telah sebualat suara untuk bekerjasama menghasil
dan memasarkan sebelas(11) jenis barangan kesihatan berasaskan susu kambing.

Pada 28 november 1998, majlis pelancaran barangan kosmetik pertama
iaitu sabun susu kambing HR telah diadakan di pejabat operasi di no 44
jalan pegawai, alor setar,kedah darul aman. Antara produk yang
telah dihasilkan dan dipasarkan bermula bulanmac 1999 iaitu pencuci
muka (skin freshener), krim pemutih muka pelindung UV matahari
(skin whitening cream with UV Protection) dan jel pembakar lemak
(slimming gel) yang kesemuanya berasaskan susu kambing sebagai bahan
utama. Produk yang ternyata bakal menjadi sejarah dan menciptanama
bagi barangan buatan Malaysia adalah krim pelembab muka (moisturiser)
yang diperkaya juga dengan vitamin E di mana formula ini, iaitu kombinasi
bersama rumusan susu kambing dan vitamin E adalah yang pertama seakannya
di dunia.

SIJIL PENGIKTIRAFAN HALAL & SIJIL LIABILITI 
INSURANS PRODUK BERNILAI 1 JUTA USD














PEJABAT BERDAFTAR & PEJABAT OPERASI

44 Jalan Pegawai
05050 Alor Star
Kedah Darul Aman






Semua produk yang dihasilkan oleh syarikat HR Marketing
adalah dibuat melalui kilangnya sendiri.

Kilang Yang Bertaraf GMP








Hasil Kejayaan Usahawan Dalam Syarikat HR Marketing





















SEBAB-SEBAB MENGAPA PERLU MEMILIH HR MARKETING SDN BHD



1.Syarikat yang kukuh, telah beroperasi selama 10 tahun
2.Pelan pemasaran yang mudah dan menarik
3.Menyediakan sistem latihan dan bantuan aktiviti
4.Bonus serta ganjaran menarik dan mampu dicapai
5.Menyediakan kemudahan sistem online
6.Mempunyai kilang sendiri bertaraf GMP
7.Memenangi anugerah industri komiditi pada tahun 2007
8.Peneraju dalam menghasilkan produk berasaskan susu kambing
9.Komited kepada pengeluaran produk BERSIH, SUCI dan HALAL
10.Syarikat berlesen dan milik penuh Bumiputera
11.Produk mempunyai liabiliti insuran sebanyak 1 juta USD
12.Boleh diwarisi