Thursday, January 27, 2011


Krim Pemutih… Konon untuk Cantik rupanya penyebab kanser kulit???

        Rata2 wanita mengeluh jika berkulit gelap. Bagi mereka berkulit cerah lebih cantik dan menawan. Betol ke lelaki tak suka wanita berkulit gelap? Mungkin kaum adam boleh jawab persoalan ni kan. Bukan kah pepatah mengatakan hitam-hitam si tampuk manggis, biarpun hitam dipandang manis.. hehe… Bila wanita merasakan kulit wajah mereka tidak berseri dan kusam, mereka cenderung untuk menggunakan pelbagai jenis krim pemutih. Namun begitu, mencampurkan pelbagai jenis krim hanya akan mengundang iritasi pada kulit kerana kita sendiri tidak begitu pasti dengan kandungan dalam produk-produk kecantikan ini.

         Kulit kusam terjadi akibat terkena asap rokok secara kerap. Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari tanpa memakai krim pelindung matahari juga merupakan penyebab kulit menjadi kurang bertenaga dan kelihatan letih. Udara kotor akan mengumpul toksin yang menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata, bertompok-tompok dan tak bermaya. Kebanyakan wanita mengalaminya kerana lebih banyak terdedah dengan pencemaran udara dan penggunaan bahan kimia pada kulit. Jika anda perasan, kebanyakan lelaki mempunyai kulit yang bersih dan bebas jerawat. Ini disebabkan mereka jarang menggunakan produk kosmetik. Paling tidak, hanya menggunakan pembersih wajah sahaja. Dek kerana itulah wanita lebih mudah mendapat masalah kulit, bayangkan saja penggunaan alat solek dan pemakaian pelbagai jenis krim yang diamalkan.

          Tahukah anda, krim pemutih kulit telah dikritik oleh pakar-pakar dermatologi kerana kandungan hidrokuinon dan steroid di dalam nya mampu mengancam kesihatan. Penggunaan krim pemutih yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan masalah lain selain kulit. Ia juga boleh menyebabkan keracunan dalam darah, penyakit darah tinggi, dan diabetis. Sebuah kajian yang diadakan pada tahun 2006 di Dakar Institute of Social Hygiene pula menunjukkan para ibu yang memakai krim pemutih tinggi kandungan steroid akan melahirkan anak yang ringan berat badannya berbanding kelahiran secara normal.

 Jom kita baca komen dari yang pakar…..
Ikuti kata pakar Dr. Suzana Hasnan, Pakar dermatologi
“ Biasanya kebanyakan wanita yang mahukan kulit cerah adalah disebabkan terpengaruh dengan penampilan artis yang cantik-cantik. Kebanyakan orang juga berpendapat kulit cerah itu cantik, salah tanggapan tersebut. Pemakaian krim pemutih sebenarnya tidak mendatangkan kemudaratan sekiranya ia dipakai secara terkawal dan pilihan jenama juga harus tepat. Jangan sentiasa bertukar-tukar produk kerana kulit akan terkejut dengan setiap perubahan bahan kimia yang ada padanya. Paling penting adalah pemakaian krim pelindung matahari untuk menjaga kulit. Jika mahu cara yang selamat, adalah lebih baik mendapatkan rawatan kecantikan di klinik pakar. Bukan semua orang sesuai memakai krim pemutih kulit, ada yang akan mengalami masalah jeragat, kulit menipis dan kerosakan kulit. Kanser kulit juga boleh berlaku dengan pemakaian krim pemutih. Untuk lebih selamat, jaga pemakanan dan lindungi kulit dari pancaran matahari. Nasihat saya jangan terlalu obsess dengan kecantikan kerana setiap wanita telah dianugerahkan dengan kecantikan semulajadinya masing-masing. Cara kita membawa diri lebih melambangkan siapa kita berbanding hanya dengan bersandarkan rupa paras."

Sumber:Majalah Rapi

Ha……cik emi amat bersetuju dengan kata2 Dr. Suzana tu..  kepada wanita-wanita yang inginkan kecantikan, mesti dapatkan info lanjut tentang sesuatu produk kecantikan tu.. Jangan terlalu mudah ikut rakan-rakan atau terpengaruh dengan iklan-iklan yang terlalu banyak di pasaran.. Atau yang lebih molek, bagi cik emi, biar cantik tu lahir dari dalam..Bila dalam canti, secara tak langsung akan menyerlahkan kecantikan luaran kita.. tul tak?

Seperti biasa.. TIPS Dari Cik Emi.. Produk dari HR Marketing Sdn Bhd. Set Penjagaan wajah yang sangat istimewa....


Set Percubaan Penjagaan Kulit HR
HR Trial Pack
Pakej lengkap pembersih, penyegar, krim pelembap, sabun madu, dan  krim pelindung matahari. Harganya Cuma RM70.50. Jika berminat boleh hubungi Cik Emi.. Produk ni berasaskan susu kambing. Maknanya produk ini sangat selamat digunakan tanpa segan silu.. hehe.. Keluaran bumiputera yang mempunyai kilang di Kedah.  Nak harga istimewa? Boleh jadi ahli HR Marketing , Bayaran ahli RM5O je seumur hidup.. Cik emi bagi Set trial ni percuma je..Untung kan? berbaloi baloi.. Tak percaya? Hubungi cik emi ye. 010-3355361.. 

Siapa lambat rugi tau,… nak cantik tak ni..….
Kepada suami-suami yang nak isteri cantik tu, boleh la hadiahkan kepada isteri kan.. gerenti kembang berbunga hati isteri.. 
Nak lebih berkesan, cik emi kongsikan petua... sebelum gunakan set trial ni, buat masker dari susu kambing...pakai waktu malam..biarkan sementara ..pastu cuci wajah bersih-bersih..ha..dah boleh gunakan set trial ni.. Jangan lupe selawat ye sebelum gunakan produk ni, supaya lebih berkesan insyaAllah..Mana nak cari susu kambing? hehe.. mudah je.. kan cik emi punya produk juga tu.. Higoat.. kalau tak mahu sekotak, boleh beli sepeket aje.. Cik emi bagi special ofer untuk pelanggan serta rakan niaga cik emi..

APA TUNGGU LAGI..???
jOM sIHAT ANGGUN DAN BERJAYA dengan Cik Emi..


Jangan lupa untuk lihat produk-produk lain dari HR MArketing ye...Semua berasaskan susu kambing..
"Amalan Produk berasakan Sunnah Pasti Berkat"


No comments:

Post a Comment